SIBF Datang Lagi
SIBF atau Selangor International Book Fair akan berlangsung dari 28hb November sehingga 7hb Disember 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). Kali ini team Kaseh bertemakan Kaseh In The Garden. Terima kasih pada staff Kaseh dan budak-budak Intern yang kreatif. Banyak betul idea depa. Oh ya... reruai Kaseh di H38.
Pada kali ini, kasih akan mengeluarkan 4 buah buku sempena SIBF ini. Apa genre yang dikeluarkan? Semua ada elemen cinta tapi dari 4 tajuk ini, Dia... Bukan Orang Yang Salah hasil nukilan penulis senior Kaseh - Cik Tet, memang genre cinta... pure cinta dan kisah asam garam kehidupan rumah tangga. Selalunya buku Cik Tet tak pernah menghampakan peminatnya.

Buku kedua yang akan menemui anda ialah Rapuh Beralun Rindu, oleh Arsya Aisya. Klasik tajuk dia. Juga bertemakan cinta tapi dianya bukan cinta semata-mata, tapi kisah cinta bersalut dendam. Kisah seorang wanita mencari penyembuhan dari trauma silam. Boleh dikategorikan sebagai dark romance. Siapa suka elemen dark romance bolehlah dapatkan buku ini.

Buku ketiga, Rindu Tanpa Ruang dari Nur Isma. Kisah seorang wanita menjadi penjaga seorang wanita tua di sebuah keluarga yang berada. Dia disayangi oleh semua dalam keluarga itu. Dalam senyap suka pula dengan anak tuan rumah tapi si jejaka suami orang. Jangan salah anggap. Si jejaka telah diduakan oleh isterinya dan mereka bercinta selepas lelaki tu bercerai. Tapi mereka bercinta setelah beberapa tahun sebab perempuan tu berhenti menjaga nenek hero. Cerita ni pun ada elemen dendam. Siapa minta boleh dapatkan di SIBF nanti.

Buku ke empat dari penulis muda dan merupakan karya pertama dia. Zi's: The Untold Story dari Moonstella. Kisah persahabatan, dendam, dan kekeluargaan. Kisah mengenai anak buah vs pakcik... kisah polis vs gangster. Kali ini bukan mafia ya tapi kongsi gelap. Hero pun kacukan cina melayu. Siapa suka cerita aksi, boleh baca buku ini. Mesti tak menyesal.

Okay... kalau anda ke SIBF jangan lupa singgah di reruai kami. Banyak diskaun diberi ya...
Okay... jumpa lagi



Comments